CSSi Privacy Policy

Dasar Privasi ini telah berkuatkuasa sejak 1 Januari, 2013.

Dengan menggunakan atau mengakses salah sebuah tapak web ("Tapak") yang dimiliki oleh Clinical Consulting Services, LLC ("CCS”), anda bersetuju dengan terma Dasar Privasi ini. Istilah "maklumat peribadi" yang digunakan dalam Dasar Privasi ini, diguna pakai pada sebarang maklumat yang digunakan oleh atau bagi pihak CCS untuk mengenal pasti identiti individu.

Kami menyediakan Dasar Privasi ini untuk menerangkan cara kami mengumpulkan, menggunakan, berkongsi dan melindungi maklumat peribadi yang anda berikan kepada kami di Tapak ini. Dasar Privasi ini hanya diguna pakai pada maklumat peribadi yang kami kumpulkan di Tapak kami dan melalui teknologi komunikasi elektronik yang kami gunakan. Ia tidak diguna pakai pada maklumat peribadi yang dikumpulkan melalui cara lain, termasuk maklumat peribadi yang anda berikan dalam mesej e-mel yang anda hantarkan kepada kami atau maklumat peribadi yang mungkin kami kumpulkan daripada anda secara luar talian. Dasar Privasi ini ditujukan untuk semua pelawat ke Tapak CCS termasuk pengguna, profesional penjagaan kesihatan dan rakan niaga CCS.

Di sesetengah Tapak kami, kami mungkin menggunakan maklumat peribadi dalam cara yang tidak diterangkan dalam Dasar Privasi ini. Dalam keadaan tersebut, penggunaan maklumat peribadi yang berbeza akan didedahkan kepada anda pada halaman web yang mana maklumat peribadi anda dikumpulkan, sebelum pengumpulan sedemikian.
Istilah yang berhuruf besar tidak ditakrifkan dalam Dasar Privasi mempunyai makna yang ditetapkan dalam Terma Penggunaan. Jika anda tidak bersetuju untuk mematuhi Dasar Privasi ini, jangan guna atau akses (atau teruskan menggunakan atau mengakses) Tapak tersebut.

Prinsip Pelabuhan Selamat

Sejajar dengan komitmen kami dalam melindungi privasi peribadi, CCS mematuhi prinsip Kerangka Kerja Pelabuhan Selamat seperti yang dibangunkan oleh Jabatan Perdagangan A.S dalam perundingan dengan Suruhanjaya Eropah.

Tujuh prinsip dan lima belas Soalan Lazim (FAQ) yang dipatuhi oleh CCS dan yang didukung dalam dasar ini membentuk kerangka kerja privasi Pelabuhan Selamat. Prinsip dan FAQ ini boleh didapati di: http://www.export.gov/safeharbor.

Maklumat Yang Kami Kumpulkan

Apabila anda melawat Tapak tersebut anda mungkin memberikan dua jenis maklumat kepada kami: (i) maklumat mengenai penggunaan anda ke atas Tapak tersebut yang kami kumpulkan ketika anda berinteraksi dengan Tapak dan (ii) maklumat yang anda serahkan secara sukarela melalui Tapak.

  1. Apabila anda memasuki Tapak, kami juga mungkin mengumpulkan jenis pelayar anda, alamat IP, sistem pengoperasian anda (cth. Windows 2000), nama domain penyedia perkhidmatan internet anda (cth. Comcast), tarikh dan masa lawatan anda, halaman yang ditinjau, masa yang diluangkan pada Tapak kami dan tapak web yang dilawati sejurus sebelum dan selepas Tapak kami. Selain itu, kami menyimpan maklumat daripada pelayar anda dengan menggunakan "kuki". Kuki ialah secebis data yang disimpan pada komputer pengguna yang dikaitkan dengan maklumat mengenai pengguna. Kami mungkin menggunakan kuki ID sesi untuk mengesahkan bahawa pengguna dilog masuk. Sebarang dan semua maklumat ini mungkin dikaitkan dengan maklumat peribadi anda. Jika anda tidak mahu maklumat dikumpulkan melalui penggunaan kuki, terdapat prosedur yang mudah dalam kebanyakan pelayar yang membenarkan anda untuk menolak atau menerima ciri kuki tersebut; walau bagaimanapun, anda harus sedar bahawa kuki mungkin diperlukan untuk memberikan anda sesetengah ciri yang tersedia pada Tapak tersebut.
  2. Melalui penggunaan sesetengah kefungsian Tapak tersebut, anda mungkin memberikan nama anda, syarikat gabungan, alamat e-mel, nombor telefon, alamat fizikal dan maklumat lain yang mungkin diperlukan untuk anda menggunakan kefungsian sedemikian. Anda boleh sentiasa memilih untuk tidak memberikan maklumat peribadi anda kepada kami dan kami akan mendedahkan kepada anda pada masa kami mengumpulkan maklumat peribadi anda sama ada ia diperlukan untuk anda menerima maklumat atau perkhidmatan tersebut yang anda minta. Untuk memahami dengan lebih baik dan menangani minat anda, dan untuk mengekalkan maklumat peribadi mengenai anda yang kami simpan dengan tepat, kami mungkin membetulkan atau menambah kepada maklumat peribadi yang anda berikan kepada kami pada Tapak kami dengan maklumat peribadi yang kami terima daripada anda secara luar talian atau daripada sumber yang lain.

Anda mempunyai beberapa pilihan mengenai penggunaan anda ke atas Tapak kami. Anda boleh memutuskan untuk tidak menyerahkan sebarang maklumat peribadi sama sekali. Walaupun sesetengah Tapak mungkin meminta kebenaran untuk menggunakan maklumat peribadi anda bagi tujuan tertentu, anda boleh bersetuju atau menolak untuk memberikan maklumat peribadi anda. Jika anda melanggan bagi komunikasi atau perkhidmatan khusus seperti kemas kini e-mel, anda akan dapat membatalkan langganan pada bila-bila masa dengan: (i) mengikut sebarang arahan yang terkandung dalam komunikasi yang anda terima daripada CCS, (ii) membatalkan langganan di kawasan tertentu pada Tapak tersebut, jika ada, atau (iii) menghantar permintaan bertulis ke alamat hubungan CCS, yang tertera pada penghujung Dasar Privasi ini.

Seperti yang diterangkan di atas, jika anda berhasrat untuk mencegah kuki daripada menjejak anda ketika anda melayari Tapak kami, anda boleh menetapkan semula pelayar anda untuk menolak semua kuki atau menunjukkannya apabila kuki dihantar.

Tempoh Masa Maklumat Disimpan

CCS menyimpan maklumat peribadi yang kami kumpulkan di Tapak kami dan melalui teknologi komunikasi elektronik yang kami gunakan untuk tempoh masa minimum selama lima tahun melainkan diminta oleh anda, badan kontrak atau pengawalaturan untuk dipadamkan atau disimpan selanjutnya untuk tempoh masa tertentu yang lebih panjang.

Bawah Umur

CCS tidak secara sengaja mengumpulkan atau menggunakan maklumat daripada sesiapa yang berumur 18 tahun ke bawah dan sesiapa yang berumur 18 tahun ke bawah tidak dibenarkan memberikan sebarang maklumat kepada CCS. Jika anda berumur 18 tahun ke bawah, sila jangan cuba hantar sebarang maklumat mengenai anda kepada kami, termasuk nama, alamat, nombor telefon atau alamat e-mel anda.

Penggunaan Maklumat Yang Diperoleh oleh CCS

CCS mungkin menggunakan data agregat (berdasarkan pada sebahagian daripada alamat IP tetapi tidak mengandungi maklumat peribadi) yang dikumpulkan melalui Tapak untuk menganalisis penggunaan Tapak dan prestasi sistem. Data ini mungkin digunakan oleh CCS dan berkongsi dengan pihak ketiga dalam sebarang cara.

Jika Keadaan Penjualan, Penggabungan, Kebankrapan atau Pemindahan Perniagaan berlaku

Kami juga mungkin memberikan Maklumat Anda kepada pihak ketiga yang berkaitan dengan penjualan, penugasan, penggabungan, kebankrapan atau pemindahan perniagaan yang lain tapak web ini yang dikaitkan dengan maklumat tersebut, yang mana kami akan menghendaki mana-mana pembeli sedemikian untuk bersetuju mengendalikan Maklumat Anda sejajar dengan Dasar Privasi ini.

Penjualan atau Penyewaan Maklumat Peribadi

CCS tidak akan menjual atau menyewa sebarang maklumat yang boleh mengenal pasti identiti individu tertentu kepada pihak ketiga.

Perhatian kepada Profesional Penjagaan Kesihatan dan Rakan Niaga

Jika anda mempunyai perhubungan perniagaan atau profesional dengan CCS, kami mungkin menggunakan maklumat peribadi anda, termasuk maklumat peribadi yang mungkin kami kumpulkan mengenai anda daripada sumber lain, untuk membina perhubungan perniagaan kami dengan anda dan organisasi anda.

Perhatian: Kami tidak berkongsi sebarang maklumat peribadi anda dengan pihak ketiga untuk tujuan pemasaran langsung mereka sendiri melainkan anda memberi kebenaran secara nyata kepada kami untuk berbuat demikian.

 

Maklumat Kredit

CCS tidak mengumpulkan atau menyimpan sebarang jenis atau sifat maklumat kad kredit.

Penafian

Tapak CLINICAL CONSULTING SERVICES LLC AND ITS AFFILIATES direka khas untuk mendidik dan untuk memaklumkan pengguna. Tapak kami tidak menyediakan perkhidmatan perubatan atau nasihat perubatan yang khusus. Ia tidak harus digunakan sebagai ganti kepada perkhidmatan yang diberikan oleh profesional penjagaan kesihatan atau ia digunakan untuk menangguhkan usaha mendapatkan perkhidmatan profesional penjagaan kesihatan. Kami mendorong anda agar berunding dengan profesional penjagaan kesihatan yang bertauliah untuk diagnosis dan rawatan dan untuk menjawab soalan peribadi.

CLINICAL CONSULTING SERVICES LLC AND ITS AFFILIATES tidak menjamin atau mengandaikan sebarang liabiliti atau tanggungjawab untuk ketepatan, kebolehpercayaan, ketepatan masa, kesempurnaan, kebergunaan atau kesesuaian kandungan tapak kami. CLINICAL CONSULTING SERVICES LLC AND ITS AFFILIATES tidak boleh dipertanggungjawabkan bagi sebarang tindakan yang diambil berdasarkan pada maklumat yang disediakan pada tapak kami atau bagi sebarang akibat secara langsung atau tidak langsung hasil daripada tindakan tersebut.

 

Agensi Kerajaan

Maklumat peribadi boleh didedahkan kepada agensi bidang kuasa atau kerajaan lain tertakluk kepada jaminan, sepina atau perintah kerajaan lain.

Pautan

Tapak CCS mungkin mengandungi pautan kepada tapak web yang lain. Kami tidak bertanggungjawab atas amalan privasi tapak web lain. Kami menggalakkan pengguna agar berwaspada apabila mereka meninggalkan Tapak tersebut untuk membaca pernyataan privasi tapak web lain yang mengumpulkan maklumat yang dapat mengenal pasti identiti individu. Dasar Privasi ini diguna pakai sepenuhnya pada maklumat yang dikumpulkan oleh CCS melalui Tapak CCS.

Keselamatan

CCS mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya secara komersil untuk melindungi Maklumat Bukan Awam terhadap akses, pendedahan, pemindaan atau pemusnahan tanpa kebenaran.

Penyelesaian Pertikaian

CCS menyertai proses penyelesaian pertikaian Pelabuhan Selamat Persatuan Pemasaran Langsung (DMA). Jika anda rasa bahawa syarikat ini tidak mematuhi dasar privasi yang disiarkannya atau tidak mematuhi prinsip Pelabuhan Selamat, anda harus menghubungi Pegawai Pematuhan CCS melalui e-mel di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. . Jika anda tidak menerima pengakuan tentang pertanyaan anda atau pertanyaan anda tidak ditangani secara memuaskan, anda harus menghubungi Program Penyelesaian Pertikaian Pelabuhan Selamat Persatuan Pemasaran Langsung (DMA). Persatuan Pemasaran Langsung (DMA) akan bertindak sebagai pengantaraan kepada CSS untuk menyelesaikan kebimbangan anda.

Menghubungi CCS

Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai Dasar Privasi ini atau amalan privasi CCS secara umum, atau jika anda memerlukan bantuan untuk mengakses maklumat peribadi anda atau mengubah keutamaan anda, sila hubungi kami di:

Pegawai Pematuhan CCS

 Telefon: 443-308-5810
 Faks: 410-553-0087
 E-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Pastikan untuk memberikan nama Tapak(-tapak) yang berkaitan dengan permintaan anda, serta nama dan maklumat hubungan anda. Jika anda tidak memberikan maklumat ini kepada kami, kami mungkin tidak dapat memberikan maklum balas.

Pindaan dalam Dasar Ini

Kami mungkin mengemas kini Dasar Privasi Tapak Web ini dari semasa ke semasa. Apabila kami mengemas kininya, untuk kemudahan anda, kami akan menjadikan dasar yang telah dikemas kini tersedia pada halaman ini.

 

Terakhir Dikemas Kini: 29 April 2013
Offices and Locations
  • North America
  • 6958 Aviation Blvd
  • Suite H
  • Glen Burnie, MD 21061
  • P: 866.277.4888
  • E-mail: info@cssienroll.com
  • Europe
  • Kemp House,
  • City Road,
  • London, EC1V 2NX
  • P: 0203 693 3829
  • Asia
  • G-A, “Hyndava Techno Park”,
  • Plot No. 12,
  • Survey No. 64,
  • Hitec City, Phase 2,
  • Madhapur,
  • Hyderabad - 500081